20 Jun 2017 - 02:39

Pemandu Renault Megane yang merempuh van polis di Champs-Elysees, Adam Dzaziri, 31, disahkan meninggal dunia selepas kereta dipandu yang dipercayai mengandungi senjata terbakar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemandu Renault Megane yang merempuh van polis di Champs-Elysees, Adam Dzaziri, 31, disahkan meninggal dunia selepas kereta dipandu yang dipercayai mengandungi senjata terbakar.

Menurut sumber, tiada kecederaan lain dilaporkan dalam kejadian itu yang dikatakan didalangi suspek dalam senarai pemantauan keselamatan sejak 2015, kerana terbabit dalam pergerakan radikal Islam.

Bagaimanapun, suspek tidak mempunyai sebarang sejarah jenayah. Sumber polis berkata, pihak keselamatan menemui senapang Kalashnikov, dua pistol, peluru dan botol gas dalam kereta suspek.

"Senjata dan bahan letupan itu mungkin menjadi punca kereta itu meletup," kata Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb.

Namun, tiada anggota polis atau orang ramai yang cedera dalam insiden itu, yang berlaku berhampiran dewan pameran Grand Palais.

Sementara itu, bapa suspek memberitahu AFP, anak lelakinya memiliki senjata berdaftar dan menjalani latihan menembak, manakala sumber juga mengesahkan Dzaziri mempunyai permit senjata api. - AFP